Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China, Jepun, Korea Selatan ikrar sokongan 'disasar' bagi pemulihan dari pandemik COVID-19

Kementerian-kementerian kewangan dan gabenor bank pusat dari China, Jepun dan Korea Selatan pada Isnin (3 Mei) mengikrarkan langkah-langkah "disasarkan" bagi negara-negara yang paling terjejas oleh pandemik COVID-19, dan menyatakan komitmen untuk memupuk kestabilan fiskal dan kewangan.

Anggaran Waktu Membaca:
China, Jepun, Korea Selatan ikrar sokongan 'disasar' bagi pemulihan dari pandemik COVID-19

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 03 May 2021 02:39PM Dikemas Kini : 03 May 2021 02:40PM

TOKYO: Kementerian-kementerian kewangan dan gabenor bank pusat dari China, Jepun dan Korea Selatan pada Isnin (3 Mei) mengikrarkan langkah-langkah "disasarkan" bagi negara-negara yang paling terjejas oleh pandemik COVID-19, dan menyatakan komitmen untuk memupuk kestabilan fiskal dan kewangan.

Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas satu mesyuarat maya yang diadakan di luar mesyuarat tahunan Bank Pembangunan Asia (ADB), kementerian-kementerian itu berikrar untuk mencapai pemulihan inklusif, serta mengekalkan kemampanan fiskal jangka panjang dan kemampanan kewangan.

Tindak balas kepada krisis koronavirus, perlindungan kesihatan menyeluruh, perubahan iklim, infrastruktur bermutu tinggi serta ketelusan dan kemampanan hutang di Asia dijangka menjadi agenda utama di mesyuarat-mesyuarat ADB.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan