Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China janji bantu Hong Kong tangani situasi COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: China akan memberi sokongan penuh kepada strategi sifar COVID-19 yang dilaksanakan Hong Kong.

Wilayah khas China itu dilanda gelombang penularan COVID-19 paling buruk, dengan sekurang-kurangnya 1,300 kes jangkitan dijangkakan hari ini (11 Feb).

Jumlah kes COVID-19 di bandar tersebut meningkat 10 kali ganda sejak awal bulan ini. 

Pakar perubatan memberi amaran bahawa jumlahnya boleh melonjak kepada 28,000 kes sehari menjelang hujung bulan depan. 

Pejabat Ehwal Hong Kong dan Macau  menyuarakan keprihatinan mereka mengenai keselamatan dan kesihatan para penduduk serta mata pencarian mereka.

Ia sudahpun bekerjasama dengan wilayah Guangdong bagi memastikan aliran bekalan makanan, sayur-sayuran segar dan keperluan asas lain ke Hong Kong. 

Pemerintah China juga dilaporkan sedang membantu untuk meningkatkan keupayaan Hong Kong untuk menjalankan ujian COVID-19. 

China juga sedang membuat persiapan untuk mengerahkan ribuan pekerja perubatan serta jutaan kit ujian ke Hong Kong.

Sumber : Agensi berita/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan