Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China jangka sektor pelancongan bangkit semula pada 2023

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China menjangkakan pasaran pelancongannya akan bangkit semula tahun ini, bermula dengan musim panas akan datang selepas pemerintah memansuhkan dasar sifar COVID-19.

Hasil pendapatan pelancongan dalam negeri pada 2023 mencecah 4 trilion yuan (S$777 bilion). Ia merupakan peningkatan sekitar 95 peratus berbanding tahun lalu, dan sekitar 71 peratus paras sebelum pandemik pada 2019, menurut Akademi Pelancongan China.

Jumlah pelancong dalam negeri dianggarkan mencapai sekitar 4.55 bilion pada 2023, naik 80 peratus berbanding 2022, manakala jumlah pelancong yang keluar masuk China dijangkakan melebihi 90 juta orang.

Ia meningkat seganda kepada 31.5 peratus pada paras sebelum pandemik.

Pada 2022, jumlah pelancong dalam negeri di seluruh China berjumlah 25.3 bilion, berkurangan sebanyak 22.1 peratus.

Penyedia khidmat pelancongan terjejas teruk ketika pandemik. Selepas China memansuhkan dasar COVID yang ketat, perjalanan di seluruh negara meningkat, terutama sekali pada cuti Tahun Baru Cina.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan