China jalankan latihan ketenteraan buat hari kedua di sekeliling Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Greg Baker)
TAIPEI: Tentera China meneruskan latihannya di Selat Taiwan buat hari kedua (9 Apr).
Beijing menyatakan latihan itu merupakan amaran keras kepada Taipei berikutan pertemuan antara Presiden Taiwan Tsai Ing-wen dengan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat Kevin McCarthy pada Rabu (5 Apr) di Los Angeles.
Latihan 'Joint Sword' selama tiga hari itu termasuk langkah mengepung Taiwan.
Ia melibatkan pesawat-pesawat, kapal dan tentera China dikerah ke kawasan laut dan ruang udara Selat Taiwan, berhampiran bahagian pantai utara, selatan dan timur Taiwan", menurut Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA).
Esok (10 Apr) pula latihannya termasuk melepaskan tembakan menggunakan peluru-peluru hidup dari pantai wilayah Fujian yang menghadap Taiwan.
"Operasi ini penting bagi melindungi kedaulatan negara dan keutuhan wilayah China," kata seorang jurucakap PLA Shi Yin.
Amerika Syarikat menggesa China supaya menahan diri sambil menyatakan ia memantau dengan teliti latihan itu.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika juga menegaskan, negaranya mempunyai cukup sumber serta keupayaan di Asia dan sedia untuk melaksanakan tanggungjawab keselamatannya.

Sumber : Agensi berita/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.