Skip to main content

Dunia

China, India saling tuduh lakukan tembakan di sempadan dipertikaikan

China dan India menuduh satu sama lain yang mula-mula melepaskan tembakan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Anggaran Waktu Membaca:
China, India saling tuduh lakukan tembakan di sempadan dipertikaikan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 09 Sep 2020 07:11PM Dikemas Kini : 09 Sep 2020 08:23PM

BEIJING: China dan India menuduh satu sama lain yang mula-mula melepaskan tembakan di kawasan sempadan yang dipertikaikan.

Kejadian tembakan dekat Tasik Pangong itu pada Isnin (7 Sep) adalah yang pertama dalam tempoh 45 tahun, menyusuli ketegangan terbaru sejak lebih seminggu.

China menyatakan para pengawal China membalas tembakan amaran askar-askar India yang merentasi "Garisan Kawalan Sebenar" yang merupakan sempadan tidak rasmi antara kedua-dua negara.

Di pihaknya pula, India menuduh askar-askar China mencabuli perjanjian dua hala secara terang-terangan dengan melepaskan beberapa das tembakan ke udara untuk mengancam askar-askar India.

Kejadian terbaru itu dijangka merumitkan lagi mesyuarat menteri luar kedua-dua negara yang dijadual berlangsung pada Khamis (10 Sep). 

Sumber : Agensi berita/ZK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita