China ikrar "tentang dengan tegas" provokasi Amerika; latihan ketenteraan diperhebat di sekitar Taiwan
Beijing mesti “menentang dengan tegas” provokasi serta penjualan senjata berskala besar Amerika Syarikat kepada Taiwan, kata diplomat tertinggi China pada Selasa (30 Dis), sedang China melancarkan latihan menembak dengan peluru hidup di sekitar pulau tersebut minggu ini.
Anggaran Waktu Membaca:
- “Isu Taiwan merupakan urusan dalaman China dan merupakan teras kepentingan China,” kata Menteri Luar China, Wang Yi, semasa berucap di satu simposium tahunan mengenai hubungan antarabangsa di Beijing.
- Beijing menuntut Taiwan sebagai wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk menguasai Taiwan.
- China pada tahun ini berusaha untuk menstabilkan hubungan antara kuasa-kuasa besar, memperdalam hubungan dengan negara-negara jiran serta Global Selatan, sambil memikul apa yang disifatkannya sebagai “tanggungjawab yang lebih besar terhadap keamanan dan pembangunan global”, kata Wang Yi dalam ucapannya.
- “Sama ada China dan Amerika Syarikat dapat mencapai sikap saling menghormati, kewujudan bersama secara aman serta kerjasama yang saling menguntungkan merupakan kunci kepada sama ada hubungan itu dapat berkembang secara stabil dan memberi manfaat kepada dunia,” kata Wang Yi, sambil menambah bahawa Beijing kekal tegas dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras China.
BEIJING: Beijing mesti “menentang dengan tegas” provokasi serta penjualan senjata berskala besar Amerika Syarikat kepada Taiwan, kata diplomat tertinggi China pada Selasa (30 Dis), sedang China melancarkan latihan menembak dengan peluru hidup di sekitar pulau tersebut minggu ini.
“Isu Taiwan merupakan urusan dalaman China dan merupakan teras kepentingan China,” kata Menteri Luar China, Wang Yi, semasa berucap di satu simposium tahunan mengenai hubungan antarabangsa di Beijing.
“Dalam menghadapi provokasi oleh golongan pemisah Taiwan serta penjualan senjata berskala besar Amerika Syarikat kepada Taiwan, kita sememangnya mesti menentangnya dengan tegas dan menangkisnya dengan kuat,” kata Encik Wang.
Sempena apa yang disifatkannya sebagai “ulang tahun ke-80 kembalinya Taiwan ke tanah besar”, Encik Wang berkata usaha mencapai penyatuan semula serta melindungi kedaulatan dan keutuhan wilayah China merupakan kewajipan yang “mesti ditunaikan” Beijing.
“Sebarang percubaan untuk menentang arus sejarah ini akan berakhir dengan kegagalan,” tambahnya.
Beijing menuntut Taiwan sebagai wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk menguasai Taiwan. Taiwan pula menolak tuntutan China itu, dengan menegaskan bahawa hanya rakyatnya yang boleh menentukan masa depan pulau itu.
Kenyataan Encik Wang dibuat sedang China melancarkan latihan menggunakan peluru hidup di sekitar pulau tersebut minggu ini - mengerahkan kapal serangan amfibia baharu bersama pesawat pengebom dan kapal perang.
Latihan ketenteraan itu bermula 11 hari selepas Amerika Syarikat mengumumkan pakej penjualan senjata terbesar kepada Taiwan, bernilai AS$11.1 bilion (S$14.25 bilion), dan menyusuli kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, yang menyarankan pada November bahawa Tokyo boleh mengerahkan tentera sekiranya China menyerang Taiwan.
Beijing menyifatkannya sebagai tindak balas terhadap “campur tangan luar” dan aktiviti para pemisah. Sementara itu, kementerian pertahanan Taiwan menyatakan latihan itu melibatkan tentera laut dan udara China yang beroperasi di beberapa zon di sekitar pulau tersebut, meningkatkan ketegangan di seluruh Selat Taiwan.
Amerika Syarikat, penyokong antarabangsa terpenting Taiwan, terikat di sisi undang-undang untuk membekalkan pulau itu dengan senjata pertahanan, satu dasar yang ditentang keras oleh China.
USAHA PENGANTARAAN GLOBAL
China pada tahun ini berusaha untuk menstabilkan hubungan antara kuasa-kuasa besar, memperdalam hubungan dengan negara-negara jiran serta Global Selatan, sambil memikul apa yang disifatkannya sebagai “tanggungjawab yang lebih besar terhadap keamanan dan pembangunan global”, kata Encik Wang dalam ucapannya.
Sambil menggambarkan China sebagai kuasa penstabil di tengah-tengah apa yang disifatkannya sebagai “pergolakan global yang semakin meruncing”, Encik Wang merujuk kepada usaha terkini Beijing dalam menangani konflik antarabangsa, sambil mengatakan bahawa China berusaha meredakan ketegangan dan bukan memburukkannya.
“Kami menggalakkan keamanan dan menggalak dialog untuk meredakan ketegangan melibatkan titik-titik panas, bertegas mencari titik persamaan sambil mengetepikan perbezaan, melangkaui persaingan geopolitik, serta menunjukkan tanggungjawab sebuah negara besar dalam melindungi keamanan dunia,” kata beliau.
Kenyataan Encik Wang dibuat sedang China meningkatkan usaha pengantaraan diplomatiknya sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Encik Wang sebelum ini bertemu dengan Menteri Luar Kemboja, Prak Sokhonn, dan Menteri Luar Thailand, Sihasak Phuangketkeow, di Yunnan pada 29 Disember, sedang Beijing membantu usaha meredakan ketegangan yang kian meningkat antara dua negara jiran tersebut susulan pertikaian mengenai sempadan mereka.
China memaklumkan dalam satu kenyataan bersama bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju untuk membina semula kepercayaan politik, mengukuhkan gencatan senjata secara berperingkat serta memulihkan hubungannya susulan rundingan yang dianjurkan China di Yunnan.
China turut menyatakan bahawa ia menggalakkan sikap mengawal diri dan dialog antara kedua-dua negara jiran tersebut.
Encik Wang berkata pendekatan China dalam menangani pertikaian antarabangsa dipandu oleh apa yang disifatkannya sebagai “diplomasi berciri China”, dengan menekankan sikap berkecuali serta menentang peningkatan konflik.
“Kami mengamalkan pendekatan yang objektif dan adil yang menangani kedua-dua gejala dan punca-punca asas, berpegang pada prinsip tidak campur tangan, tidak memburukkan keadaan, dan mengelakkan sikap berat sebelah,” kata beliau.
Beijing semakin menonjolkan peranannya dalam usaha pengantaraan sedemikian sebagai sebahagian daripada dasar luarnya yang lebih luas, dengan menampilkan dirinya sebagai pelaku diplomatik alternatif kepada kuasa Barat di tengah-tengah persaingan geopolitik yang semakin sengit.
HUBUNGAN CHINA-AMERIKA SYARIKAT
Mengenai hubungan dengan Washington - “hubungan dua hala terpenting di dunia” - Encik Wang berkata China sudah melalui pelbagai “naik turun” tetapi mengekalkan kestabilannya secara keseluruhan.
Beliau turut berkata bahawa hala tuju hubungan tersebut akan membentuk keamanan dan pembangunan global.
“Sama ada China dan Amerika Syarikat dapat mencapai sikap saling menghormati, kewujudan bersama secara aman serta kerjasama yang saling menguntungkan merupakan kunci kepada sama ada hubungan itu dapat berkembang secara stabil dan memberi manfaat kepada dunia,” kata Encik Wang, sambil menambah bahawa Beijing kekal tegas dalam isu-isu yang melibatkan kepentingan teras China. Namun, ia tetap terbuka kepada dialog dan kerjasama.
Encik Wang juga berkata bahawa China akan memainkan peranan yang lebih proaktif dalam membentuk aturan dan tadbir urus global, dengan menekankan konsep Beijing untuk membina “masyarakat dengan masa depan bersama bagi seluruh umat manusia”.
China akan menentang hegemoni dan politik kuasa, menggalakkan hubungan pelbagai hala serta berusaha untuk bergerak ke arah satu aturan antarabangsa yang lebih “adil dan munasabah”, dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebagai terasnya, kata Encik Wang.
Beliau menambah, sepanjang tahun lalu, diplomasi kejiranan China tertumpu pada pembangunan dan kerjasama, sambil menekankan bahawa hubungan dengan Beijing membawa manfaat dan bukannya ketidakstabilan.
“Menjadi jiran China adalah sesuatu yang baik,” kata Encik Wang. “China tidak mengejar persaingan geopolitik, tidak membina lingkungan pengaruh, dan tidak mengamalkan pemerintahan sepihak. Sebaliknya, ia berunding dengan semua pihak.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.