China ikrar tanam 70 bilion pokok jelang 2030
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Forum Ekonomi Dunia (WEF)
DAVOS: China berikrar akan menanam dan memulihara 70 bilion pokok menjelang 2030.
Ini sebagai menyahut inisiatif Forum Ekonomi Dunia (WEF) mengenai penanaman pokok sebanyak satu trilion di seluruh dunia.
Keputusan itu diumumkan oleh utusan khas China bagi perubahan iklim, Xie Zhenhua, ketika berucap di sesi bertajuk "Lindungi Planet Kita dan Umat Manusia" sempena acara tahunan WEF 2022 di Davos, Switzerland, pada Selasa (24 Mei).
Encik Xie menyifatkan komitmen itu sebagai satu tanggungjawab untuk menghijaukan planet, memerangi perubahan iklim serta meningkatkan kemampuan hutan menyerap dan menyimpan karbon.
Ia juga bertepatan dengan ikrar Presiden Xi Jinping pada 2020 untuk memastikan China mencapai matlamat puncak pelepasan karbon menjelang 2030 dan neutral karbon sebelum 2060.
Beliau turut mengatakan bahawa China sentiasa aktif dalam menggalak proses tadbir urus iklim global.
"Setelah menjadi tuan rumah Sidang Pemeteraian Konvensyen Kepelbagaian Biologi ke-15 (COP15) di Kunming, kami (China) menerajui usaha melindungi sumber asli sendiri dan menggalak negara lain melakukan perkara yang sama," tambah Encik Xie.
Kata beliau, China akan mengambil langkah-langkah konkrit untuk menterjemahkan iltizam berkenaan, antaranya termasuk menggubal dasar, mengubah pengeluaran tenaga dan memelihara simpanan karbon hutan dengan kepelbagaian semula jadinya.
"Kami akan memperkenalkan sistem dasar '1+N', iaitu '1' menjadi panduan teras mengenai neutral karbon, manakala 'N' merujuk kepada pelan tindakan untuk mencapainya.
"Ia akan menggalakkan transformasi tenaga ke arah hijau dan rendah karbon serta meningkatkan pemuliharaan sumber hutan sedia ada, sekali gus merupakan tindak balas terhadap inisiatif penanaman satu trilion pokok oleh WEF itu," jelas Encik Xie.

Sumber : Bernama/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.