Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China hentikan dialog tentera peringkat tinggi dengan A.S, gantung kerjasama lain

China umum hentikan kerjasama dengan AS dalam beberapa bidang, termasuk dialog antara panglima tentera peringkat kanan, sebagai tindak balasnya terhadap lawatan minggu ini ke Taiwan oleh Speaker AS Nancy Pelosi.

Anggaran Waktu Membaca:
China hentikan dialog tentera peringkat tinggi dengan A.S, gantung kerjasama lain

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 05 Aug 2022 07:45PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 07:47PM
BEIJING: China mengumumkan pada Jumaat (5 Ogos) bahawa ia menghentikan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dalam beberapa bidang, termasuk dialog antara panglima tentera peringkat kanan, sebagai tindak balasnya terhadap lawatan minggu ini ke Taiwan oleh Speaker Dewan Perwakilan AS Nancy Pelosi, lapor Reuters.

Kementerian luar China juga dalam satu kenyataan menyatakan ia menghentikan rundingan mengenai iklim dengan Amerika Syarikat, merujuk lawatan Cik Pelosi sebagai "tidak menghiraukan bantahan kuat dan perwakilan tegas China" berhubung lawatannya ke Taiwan.

Ia juga akan menggantung kerjasama dengan Washington mengenai penghantaran pulang pendatang haram, bantuan kehakiman dan jenayah rentas sempadan, serta tindakan antidadah.

China menyifatkan Taiwan yang memerintah sendiri dan demokratik sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan telah berjanji untuk mengambilnya semula suatu hari nanti, secara paksa jika perlu.

Beijing bertindak balas dengan ancaman dan latihan ketenteraan menjelang dan selepas lawatan Cik Pelosi, yang dilihatnya sebagai peningkatan hubungan yang tidak boleh diterima antara Washington dan pemimpin Taiwan.

Pada Jumaat, China memutuskan untuk mengenakan sekatan ke atas Cik Pelosi dan keluarga terdekatnya sebagai tindak balas terhadap tindakan "ganas" dan "provokatif" beliau.
Sumber : Reuters/SU/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa