China hasilkan klon serigala artik liar pertama di dunia
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Sinogene Biotechnology Co
BEIJING: Sebuah firma gen yang berpangkalan di Beijing baru-baru ini mengumumkan kejayaan sulung membuat klon serigala artik liar pertama di dunia.
Ia dilahirkan di sebuah makmal di Beijing pada 10 Jun lalu.
Pakar-pakar berkata, kejayaan itu mempelopori pembiakan haiwan yang semakin pupus dan terancam melalui teknologi untuk membuat klon.
"Untuk menyelamatkan haiwan terancam, kami memulakan kerjasama penyelidikan dengan Harbin Polarland mengenai pengklonan serigala artik pada tahun 2020.
"Selepas dua tahun melakukan usaha gigih, serigala artik berjaya diklon. Ia adalah kes pertama seumpamanya di dunia," kata Mi Jidong, pengurus besar syarikat Sinogene Biotechnology Co yang berpangkalan di Beijing pada sidang media di Beijing, seperti dinukil portal Global Times.
Kelahiran serigala artik liar yang diklon itu merupakan satu peristiwa penting bagi penerapan teknologi pengklonan.
Serigala yang diberi nama Maya itu berada dalam keadaan yang sihat.
Sel pendermanya berasal dari sampel kulit serigala artik betina liar yang diperkenalkan dari Kanada.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.