AS, China hampir capai perjanjian tamat perang dagang
Amerika Syarikat dan China dilaporkan hampir mencapai perjanjian yang dijangka menamatkan perang dagang kedua-dua negara.

(Gambar fail: Reuters)
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan China dilaporkan hampir mencapai perjanjian yang dijangka menamatkan perang dagang kedua-dua negara.
Beberapa media Amerika yang menukil sumber-sumber rundingan mengatakan, di bawah perjanjian tersebut, hampir kesemua cukai Amerika ke atas China akan ditarik balik.
Pada Sabtu (2 Mac), Kementerian Perniagaan China mengalu-alukan pengumuman Washington untuk menangguhkan rancangan kenaikan cukai Amerika ke atas import dari China bernilai AS$200 bilion (S$271 bilion).
Kenaikan cukai itu sepatutnya dikuatkuasakan pada Jumaat (1 Mac).
Washington juga sedang menimbangkan untuk menarik balik kebanyakan sekatan yang dikenakan ke atas barangan China sejak tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.