China halang Taiwan sertai perhimpunan tahunan WHO
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: REUTERS/Denis Balibouse)
BEIJING: China pada Isnin (11 Mei) menyatakan bahawa ia tidak akan membenarkan Taiwan mengambil bahagian dalam perhimpunan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang bakal bermula minggu depan. Dalam masa yang sama, Taiwan menegaskan akan tetap menghantar delegasi untuk mengadakan mesyuarat di luar acara rasmi tersebut.
Taiwan sering dikecualikan daripada kebanyakan pertubuhan antarabangsa disebabkan bantahan daripada Beijing, yang menganggap pulau yang ditadbir secara demokratik itu sebagai sebahagian daripada wilayahnya.
Sebelum ini, Taiwan pernah menyertai Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) sebagai pemerhati dari tahun 2009 hingga 2016. Namun, Beijing mula menyekat penyertaan Taiwan pada tahun 2017 selepas berlaku perubahan kepimpinan di Taiwan yang enggan bersetuju dengan prinsip "Satu China" yang ditetapkan oleh Beijing.
Jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiankun, menegaskan bahawa Republik Rakyat China adalah satu-satunya pemerintah sah bagi seluruh negara itu.
"Demi mempertahankan prinsip 'Satu China' dan menjaga kewibawaan ketetapan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, China memutuskan untuk tidak bersetuju dengan penyertaan wilayah Taiwan dalam WHA tahun ini," katanya di Beijing.
Sementara itu di Taipei, Menteri Kesihatan Taiwan, Shih Chung-liang, berkata ia adalah sesuatu yang "memalukan" apabila Taiwan tidak dijemput, terutamanya ketika dunia sedang menghadapi pelbagai cabaran kesihatan yang mendesak.
"Kita tidak sepatutnya diketepikan, malah kita perlu lebih aktif untuk mengambil bahagian," kata beliau.
Encik Shih menambah bahawa beliau akan mengetuai sebuah delegasi ke Geneva untuk mengadakan acara dan mesyuarat sendiri bersama pakar-pakar kesihatan. Menteri Luar Taiwan, Lin Chia-lung, turut menyatakan hasrat untuk menyertai rombongan tersebut ke Geneva.
Pemerintah Taiwan menolak dakwaan kedaulatan Beijing dan menegaskan bahawa Beijing tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak atau mewakili 23 juta penduduk pulau tersebut.

Sumber : Reuters/NK/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.