Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China gesa warga emas terima suntikan vaksin COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: China menggesa rakyatnya yang berusia 60 tahun dan ke atas supaya mendapatkan vaksin COVID-19.

Langkah itu sebagai sebahagian daripada cara menangani gelombang jangkitan yang meningkat di seluruh negara selepas melonggarkan sekatan strategi sifar COVID.

Antara tindakan yang diambil adalah kunjungan rumah ke rumah oleh pihak berkuasa untuk menggesa warga emas mendapatkan vaksin.

Tindakan itu dilakukan kerana masih terdapat ramai warga emas teragak-agak dan bimbang kesan sampingan vaksin tersebut.

China menyertai negara lain dalam merawat kes dan bukan menghentikan penularan virus dengan melonggarkan peraturan mengenai ujian saringan, kuarantin dan pergerakan kerana ia cuba memulihkan kemerosotan ekonomi.

Namun, perubahan itu membanjiri hospital dengan pesakit COVID-19.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional (NHC) mengumumkan kempen pada 29 November untuk meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan warga China yang lebih tua.

Suruhanjaya itu hanya mencatat enam kematian akibat COVID-19 bulan ini, menjadikan jumlah kematian rasmi negara itu kepada 5,241.

Berdasarkan banci penduduk 2020, China mempunyai 191 juta orang yang berumur 65 tahun ke atas.

Sumber : AP/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan