Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China gesa rakyat 'bersabar' ketika kes COVID-19 melonjak menjelang kongres utama

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China menyeru rakyat "bersabar" dengan dasar COVID-19 yang dilaksanakan dan memberi amaran terhadap sebarang "keletihan perang" ketika kes COVID-19 tempatan melonjak ke tahap tertinggi sejak Ogos, beberapa hari sebelum kongres penting Parti Komunis.

Banyak bahagian di dunia sedang belajar untuk hidup bersama COVID-19, namun China berulang kali menafikan sebarang spekulasi mengenai pemberhentian dasar menentang pandemik.

Tekanan ke atas pegawai tempatan untuk menghentikan penularan virus sebaik sahaja ia muncul telah meningkat dalam minggu-minggu kebelakangan ini apabila subvarian Omicron BF.7 dan BA.5.1.7 yang mudah berjangkit muncul di tanah besar China buat kali pertama.

Di seluruh China, 1,939 kes penularan tempatan dilaporkan pada 9 Oktober, tertinggi sejak 20 Ogos apabila pulau peranginan selatan Hainan dikenakan perintah berkurung.

Demikian menurut pengiraan Reuters berdasarkan data rasmi yang diterbitkan pada Isnin (10 Okt).

Ribuan kes baru disebabkan oleh BF.7 dilaporkan di kawasan Inner Mongolia sejak 1 Oktober, menjadikan wilayah itu sebagai pusat pandemik COVID-19 terbaru di negara itu dan menyebabkan sekatan pergerakan dikuatkuasakan.

Ini sekali gus memusnahkan rancangan perjalanan semasa cuti "Minggu Emas" Hari Kebangsaan China.

Sekatan COVID-19 yang lebih ketat berlaku hanya beberapa hari sebelum kongres Parti Komunis yang berlangsung sekali dalam setiap lima tahun, bermula pada 16 Oktober.

Presiden Xi Jinping dijangka akan melanjutkan kepimpinannya selama sedekad untuk lima tahun lagi ataupun seterusnya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan