Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China gesa hentikan amalan mempolitikkan isu hak asasi Xinjiang

Dunia perlu menyingkirkan sikap prasangka terhadap ideologi, menghentikan amalan dwistandard dan mempolitikkan isu hak asasi manusia hanya untuk kepentingan masing-masing, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian.

Anggaran Waktu Membaca:
China gesa hentikan amalan mempolitikkan isu hak asasi Xinjiang

Lelaki Uighur di sebuah pasar pakaian di Urumqi, Xinjiang. (Gambar fail: REUTERS/Carlos Barria)

Diterbitkan : 14 Mar 2021 06:31PM Dikemas Kini : 14 Mar 2021 06:36PM

BEIJING: Dunia perlu menyingkirkan sikap prasangka terhadap ideologi, menghentikan amalan dwistandard dan mempolitikkan isu hak asasi manusia hanya untuk kepentingan masing-masing, kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian.

Dalam sidang media pada Rabu, Encik Zhao Lijian menegaskan, isu berkaitan wilayah Xinjiang sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan isu hak asasi manusia, sebaliknya ia adalah langkah antikeganasan dan antipemisahan.

Tidak pernah wujud perkara seperti apa yang disebut "pembunuhan beramai-ramai", "kerja paksa" atau "penindasan agama" di Xinjiang.

Encik Zhao menyeru negara yang sering mempolitikkan isu Xinjiang untuk menghentikannya kerana ia boleh menjejaskan kepentingan China dan dilihat cuba mencampuri hal ehwal dalam negara.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Cuba yang mewakili 64 negara membuat kenyataan bersama pada sesi ke-46 Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 12 Mac lalu.

Kenyataan itu menyokong pendirian China dalam menangani isu Xinjiang dan menggesa pihak berkaitan menghentikan campur tangan hal ehwal dalaman China dengan menggunakan isu tersebut.

Encik Zhao Lijian berkata ada beberapa negara mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung isu itu yang boleh mencemarkan imej China.

Namun, banyak negara rakan dan membangun masih mengamalkan sikap adil dan objektif, serta menyokong pendirian dan langkah China dalam menangani masalah di Xinjiang.

Kenyataan bersama dikemukakan Cuba itu mencadangkan semua pihak menggalakkan serta melindungi hak asasi manusia melalui dialog dan kerjasama yang bersifat membina dan menentang amalan dwistandard dan mempolitikkan isu hak asasi manusia.

Pihak berkaitan perlu mematuhi manifesto dan prinsip Piagam PBB, menghentikan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman China, menghentikan tuduhan tidak berasas dan tindakan bertujuan menyekat kemajuan negara-negara membangun dengan isu hak asasi manusia.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan