China gantung visa jangka pendek bagi warga Korea Selatan dek sekatan perjalanan COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

Para pegawai kuarantin memberi bantuan kepada para pelawat di dewan keberangkatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon di Korea Selatan pada 7 Dis 2021. (Gambar: AP Photo/Ahn Young-joon).
BEIJING: Kedutaan China di Korea Selatan menggantung pemberian visa jangka pendek bagi pelawat dari Korea Selatan, iaitu langkah pertama yang dikeluarkan China terhadap negara-negara yang mengenakan sekatan COVID-19 ke atas pelawat dari negaranya.
Demikian menurut laporan Reuters yang memetik Kedutaan China pada Selasa (10 Jan).
Kedutaan tersebut akan menyesuaikan dasar bergantung kepada "sekatan kemasukan ke Korea Selatan yang bersifat diskriminasi" terhadap China, menurut akaun rasmi WeChat kedutaan itu.
Pengumuman itu dilakukan sehari selepas Menteri Luar Qin Gang menyuarakan keprihatinan mengenai sekatan perjalanan COVID-19 dalam satu panggilan bersama rakan sejawatnya dari Korea, Park Jin, menurut Kementerian Luar China.
Minggu lalu, polis Korea Selatan mengesan jejak seorang lelaki China yang melarikan diri sebelum dikuarantin selepas diuji positif COVID-19 apabila tiba di negara tersebut.
Insiden itu mencetuskan keprihatinan mengenai penularan virus COVID-19 dari China setelah Beijing memansuhkan dasar "sifar COVID" dan membuka semula sempadannya, meskipun terdapat penularan kes jangkitan virus itu di merata negara tersebut.

Sumber : Reuters/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.