Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China dijangka sambung semula perjalanan dengan Hong Kong, Macau mulai 6 Feb

Anggaran Waktu Membaca:
China dijangka sambung semula perjalanan dengan Hong Kong, Macau mulai 6 Feb

(Gambar: AFP/Wang Zhao)

Diterbitkan : 03 Feb 2023 11:42AM Dikemas Kini : 03 Feb 2023 11:43AM
HONG KONG: Perjalanan rentas sempadan darat antara China dengan Hong Kong dan Macau akan disambung sepenuhnya mulai Isnin (6 Feb).

Pejabat China mengenai Ehwal Hong Kong dan Macau mengumumkan pada Jumaat (3 Feb) bahawa had jumlah orang yang boleh merentasi sempadan itu setiap hari dan ujian wajib COVID-19, juga dijangka dimansuhkan.

Selain itu, wisata antara China dengan dua wilayah pentadbiran khasnya akan kembali diadakan, sementara jumlah pusat pemeriksaan kastam dijangka kembali dibuka pada jumlah sebelum pandemik.

Ketua Eksekutif Hong Kong John Lee berkata bahawa maklumat lanjut boleh dijangka semasa sidang media pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan.

Penguman China dibuat selang sehari selepas Hong Kong mendedahkan kempen bagi menarik semula para pelawat, pelabur dan perniagaan datang semula ke hab kewangan tersebut menyusuli penguatkuasaan sekatan COVID-19 yang ketat selama lebih tiga tahun.

Kempen promosi itu termasuk setengah juta penerbangan percuma.
Sumber : AGENCIES/MU/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan