AS, China dalam usaha terakhir capai perjanjian dagangan
Amerika Syarikat dan China dijangka meneruskan rundingan dalam usaha terakhir untuk mencapai satu perjanjian dagangan.

Amerika Syarikat dan China dijangka meneruskan rundingan dalam usaha terakhir untuk mencapai satu perjanjian dagangan. (Gambar: Mandel Ngan/AFP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan China dijangka meneruskan rundingan dalam usaha terakhir untuk mencapai satu perjanjian dagangan.
Satu delegasi dari China dijangka berada di Washington pada Khamis ini (9 Mei)bagi satu lagi pusingan rundingan yang akan diketuai Timbalan Perdana Menteri China, Liu He.
Ini sebelum Amerika melaksanakan kenaikan cukai lanjut bermula Jumaat ini.
Menurut para pegawai Amerika, China tidak menepati komitmennya yang dibuat semasa rundingan dagangan kedua-dua pihak.
Ini mendorong Presiden Donald Trump mengancam untuk menaikkan tarif ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion (S$272 bilion) dari 10 peratus kepada 25 peratus.
Namun Washington mungkin mengubah pendiriannya sekiranya China bersedia mencapai persetujuan sebelum tempoh yang diberikan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.