Skip to main content

Dunia

China dakwa ada air terjun buatan manusia terbesar di dunia

Bagaimanapun, orang ramai sudah mula menganggap bangunan itu sebagai mercu tanda tempatan dan menggunakannya sebagai tempat untuk bersiar-siar atau bersosial, kata Encik Cheng.

Anggaran Waktu Membaca:
China dakwa ada air terjun buatan manusia terbesar di dunia

(Gambar: Facebook/Fiabci International Real Estate Federation)

Diterbitkan : 28 Jul 2018 11:08PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 11:15PM

CHINA: Sebuah wilayah di selatan China yang terkenal dengan keindahan semulajadi yang menakjubkan, kini bangga akan air terjun buatan manusia yang terbesar di dunia - namun ia bukan sesuatu yang murah. Ini menurut South China Morning Post.

Dengan ketinggian 108 meter (350 kaki), air terjun di luar bangunan Liebian International di Guiyang, ibukota wilayah Guizhou, tiga meter lebih tinggi dari pemegang rekod sebelumnya di Menara Solar City di Rio de Janeiro, Brazil.

Dibina oleh Ludi Industry Group, struktor tersebut menggunakan air yang dikitar semula dari beberapa tangki simpanan bawah tanah, yang ditolak ke atas bangunan setinggi 121 meter dengan menggunakan empat pam gergasi.

Apabila bangunan sudah sepenuhnya didiami, bangunan serba guna itu akan terdiri daripada pejabat, kedai dan hotel mewah, menurut pengarah syarikat itu, Encik Cheng Xiaomao, bagaimanapun hotel mewah itu mesti sepenuhnya siap.

Idea membina air terjun tersebut adalah idea presiden syarikat, Encik Zhou Songtao, yang mengatakan bahawa beliau mahu mempromosikan imej kehijauan bandar itu, menurut South China Morning Post.

"Guiyang adalah bandar yang mempunyai gunung-ganang, dengan banyak pokok, sama seperti hutan. Beliau ingin mencipta keindahan air dan kehijauan, meskipun anda dikelilingi oleh pencakar langit," kata Encik Cheng.

Menurut South China Morning Post lagi, walaupun air terjun itu diselesaikan sekitar dua tahun yang lalu, ia hanya berfungsi enam kali, dengan kali terakhir, selama setengah jam pada Ahad (21 Jul) untuk menandakan Maraton Antarabangsa Guiyang.

Bagaimanapun, orang ramai sudah mula menganggap bangunan itu sebagai mercu tanda tempatan dan menggunakannya sebagai tempat untuk bersiar-siar atau bersosial, kata Encik Cheng.

Salah satu sebab air terjun tidak kelihatan lebih kerap ialah disebabkan kos operasi. Meskipun air itu percuma, harga menjana pam tersebut bernilai sekitar 800 yuan (S$160) sejam, kata Encik Cheng.

Sesetengah pengguna internet mempersoalkan sama ada reka bentuk mewah itu adalah pembaziran wang. Namun ada pula yang memuji-mujinya.

"Pemandangan itu sangat mengagumkan. Anda jarang melihat air terjun di bandar," kata seorang wanita dalam video yang diterbitkan di laman Pear Video minggu ini.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita