China catat rekod tertinggi jangkitan baru COVID-19 dalam 6 bulan
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China pada Ahad (6 Nov) melaporkan jumlah jangkitan baru COVID-19 tertinggi dalam tempoh enam bulan.
Rekod itu dicatatkan sehari selepas pegawai kesihatan China berkata mereka tidak akan berganjak dari sekatan koronavirus yang ketat, sekali gus mengecewakan harapan pelabur yang berharap sekatan akan dilonggarkan.
China mencatatkan 4,610 jangkitan baru COVID-19 pada Sabtu (5 Nov) yang mana 588 daripadanya bergejala dan 4,022 idak bergejala, menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan.
Jumlah itu adalah yang tertinggi sejak 6 Mei dan berbanding 3,837 kes baru sehari sebelumnya, di mana 657 bergejala.
Meskipun jumlah kes itu sangat rendah mengikut piawaian global, China tetap kekal dengan pendekatan sifar COVID-19 yang dilaksanakan selama hampir tiga tahun.
Ia melibatkan sekatan pergerakan, kuarantin, ujian saringan yang kerap dan penurunan drastik dalam perjalanan dalam negara.
Dalam sidang media pada Sabtu (5 Nov), pegawai kesihatan mengulangi komitmen mereka terhadap pendekatan "pembasmian dinamik" terhadap jangkitan COVID-19 sebaik sahaja ia dikesan muncul.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.