Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China catat rekod kes harian baru COVID-19 buat 3 hari beruntun

Anggaran Waktu Membaca:
China catat rekod kes harian baru COVID-19 buat 3 hari beruntun

(Gambar: STR/AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2022 11:44AM Dikemas Kini : 26 Nov 2022 11:44AM

BEIJING: China melaporkan 35,183 kes baru COVID-19 pada Jumaat (25 Nov), sekali gus mencatat jumlah kes tertinggi yang baru buat hari ketiga berturut-turut.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional pada Sabtu (26 Nov), 3,474 kes baru itu melibatkan pesakit yang bergejala manakala baki 31,709 kes tidak menunjukkan simptom. 

Jumlah kes baru pada Jumaat meningkat berbanding 32,943 kes yang dicatat pada Khamis (24 Nov) - 3,103 kes bergejala dan 29,840 kes tidak bergejala, yang dikira secara berasingan oleh China. 

Tidak termasuk kes import, China melaporkan 34,909 kes tempatan baru pada Jumaat. 3,405 daripadanya adalah kes bergejala dan 31,504 kes tidak bergejala, meningkat daripada 32,695 kes sehari sebelumnya. 

Tiada kematian baru dilaporkan, mengekalkan angka korban pada 5,232. 

Setakat Jumaat (25 Nov), tanah besar China mengesahkan 304,093 kes COVID-19 yang bergejala. 

Bandar-bandar besar terus bergelut untuk membendung penularan COVID-19, dengan bandar selatan Guangzhou dan bandar barat daya Chongqing menyumbang sebahagian besar kes baru yang dilaporkan. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa