China bukan ancaman terhadap Norway, nafi dakwaan intip maklumat rahsia
Kedutaan China di Oslo mengkritik laporan risikan oleh pihak berkuasa Norway baru-baru ini, yang mendakwa bahawa China menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara itu.

Gambar fail logo Huawei di sebuah pusat beli-belah di Shanghai, China. (Gambar fail: Reuters/Aly Song)
OSLO: Kedutaan China di Oslo mengkritik laporan risikan oleh pihak berkuasa Norway baru-baru ini, yang mendakwa bahawa China menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara itu.
Kedutaan China di Norway menyifatkan laporan itu sebagai tidak masuk akal dan sebaliknya bertegas bahawa ia tidak mengancam keselamatan Norway.
Dalam laporan penilaian ancaman tahunannya, jabatan khidmat risikan Norway menegaskan bahawa meskipun pasukan keselamatan Rusia masih menimbulkan ancaman terbesar, China turut menjalankan operasi risikan terhadap kepentingan dan perniagaan Norway.
Ini termasuk mencuba untuk menceroboh rangkaian-rangkaian komputer negara itu.
Laporan itu didedahkan sedang Norway menimbangkan sama ada untuk mengikut jejak negara-negara Barat lain, yang melarang syarikat gergasi teknologi China, Huawei, daripada membina sebahagian prasarana 5G yang baru di negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.