Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China buka semula sempadan dengan Hong Kong pada 8 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China akan menyambung semula perjalanan antara tanah besar itu dengan Hong Kong mulai Ahad (8 Jan), umum Beijing pada Khamis (5 Jan), dengan melonggarkan sekatan ketat pandemik yang menutup sempadan negara selama hampir tiga tahun.

Semua kecuali tiga daripada 12 lintasan antara Hong Kong dengan China ditutup sejak pandemik koronavirus melanda pada awal tahun 2020.

Kedua-dua Hong Kong dan China mengekalkan dasar sifar COVID-19 di mana sekatat perjalanan yang ketat dan peraturan kuarintin wajib menyebabkan jumlah pelawat ke negara-negara tersebut menjunam.

Pada Khamis, Pejabat Ehwal Hong Kong dan Macao di China mengumumkan bahawa perjalanan akan "disambung semula secara beransur-ansur dan teratur" mulai Ahad iaitu pada hari yang sama China memansuhkan syarat kuarantin wajib bagi pelawat luar negara.

Bagaimanapun, langkah-langkah itu tidak membawa kepada pembukaan semula sepenuhnya.

Pelawat yang tiba di tanah besar China dari Hong Kong masih tetap perlu menunjuk hasil negatif ujian asid nukleik yang diambil dalam masa 48 jam sebelum berlepas. Namun, mereka tidak perlu lagi mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) setibanya di China.

Satu sumber pemerintah memberitahu akhbar South China Morning Post bahawa pelawat dari tanah besar China yang memasuki Hong Kong selepas pembukaan sempadan akan turut dikehendaki untuk menunjuk hasil negatif ujian PCR yang diambil dalam masa 48 jam sebelum berangkat ke Hong Kong.

Hasil ujian antigen pantas (ART) diambil dalam masa 24 jam, yang dibenarkan buat masa ini, tidak akan lagi diterima, menurut laporan itu.

Media tempatan Hong kong melaporkan sebelum ini bahawa fasa pertama pembukaan semula sempadan akan menyaksikan kuota harian sebanyak 50,000 hingga 100,000 pelawat merentasi sempadan.
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan