Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China buka semula jalan menghala ke pusat gempa; angka korban naik ke 74

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China sudah membuka semula jalan menghala ke pusat gempa 6.8 magnitud yang berlaku pada Isnin (5 Sep), di wilayah barat daya, Sichuan dan laluan trafik juga sudah disambung semula.

Demikian menurut laporan media negara itu hari ini (7 Sep), sedang angka korban jiwa naik ke 74 orang.

Selain itu, sebanyak 259 orang cedera dalam bencana tersebut dan 26 orang masih lagi hilang sejak Selesa malam, lapor People's Daily.

Gempa bumi paling kuat yang pernah menggegarkan wilayah tersebut sejak 2017 itu memusnahkan beberapa bangunan dan menyebabkan kerosakan teruk pada prasarana tenaga dan air serta telekomunikasi.

Pasukan penyelamat bergegas membantu mangsa yang terkandas, memulihkan kemudahan awam dan menghantar bantuan kecemasan. Seramai 11,000 orang dipindahkan pada Selesa dari daerah Luding di mana gempa bumi berlaku.

Pada awal Rabu, Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC) melaporkan gempa susulan tiga magnitud di pusat gempa, pada kedalaman 12 kilometer.

Para peramal cuaca juga memberi amaran mengenai kemungkinan hujan lebat di Wilayah itu hingga Jumaat.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan