Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China bina hospital kedua rawat pesakit virus korona

China akan membina hospital kedua di Wuhan, bandar yang menjadi pusat penularan wabak virus korona, khusus bagi merawat pesakit yang dijangkiti.

Anggaran Waktu Membaca:
China bina hospital kedua rawat pesakit virus korona

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 25 Jan 2020 09:30PM Dikemas Kini : 25 Jan 2020 09:33PM

BEIJING: China akan membina hospital kedua di Wuhan, bandar yang menjadi pusat penularan wabak virus korona, khusus bagi merawat pesakit yang dijangkiti.

Agensi media rasmi China, People’s Daily, melaporkan pembinaan sebuah hospital yang dilengkapi dengan 1,300 katil. Ia dijangka siap dalam kira-kira dua minggu.

Pembinaan hospital pertama khas untuk rawat pesakit virus korona sudah bermula dan dijangka siap pada 3 Februari ini.

Virus berkenaan sudah mengorbankan 41 orang setakat ini dan menjangkiti lebih 1,300 orang di seluruh dunia.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan