Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China bertegas situasi COVID-19 semakin reda; kini pada 'tahap rendah'

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: China mengesahkan situasi COVID-19 di negara itu berada pada "tahap rendah" dan lawatan ke klinik akibat jangkitan koronavirus semasa tahun baru menurun kira-kira 40 peratus berbanding sebelum musim cuti.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Nasional China, Mi Feng berkata, keadaan wabak di seluruh negara sudah memasuki tahap rendah dan situasi wabak di pelbagai tempat kekal stabil dalam trend menurun.

Perjalanan dalam negeri serta keluar masuk China semasa musim cuti meningkat dengan mendadak setelah berjuta-juta penduduk memanfaatkan peluang tersebut selepas negara itu secara tiba-tiba memansuhkan 'dasar sifar COVID-19' pada awal Disember.

Minggu lalu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) China menyatakan, tiada peningkatan ketara pada jumlah kes jangkitan semasa cuti perayaan Tahun Baru Cina, manakala jumlah kes jangkitan teruk dan kematian akibat COVID-19 menurun serta tiada mutasi baru dikenal pasti.

CDC China turut mendedahkan bahawa kes COVID-19 yang kritikal di negara itu turun 72 peratus pada minggu lalu berbanding kemuncak pada awal bulan ini, manakala jumlah kematian harian dalam kalangan pesakit COVID-19 di hospital merosot 79 peratus berbanding pada tahap kemuncaknya.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan