China beri amaran pada Speaker Dewan AS untuk tidak bertemu Presiden Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:
Speaker Dewan AS Kevin McCarthy dan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen. (Gambar: Getty Images/Drew Angerer menerusi AFP, AFP/Johan Ordonez)
BEIJING: China memberi amaran kepada Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS) Kevin McCarthy pada Selasa (4 Apr) supaya tidak "mengulangi kesilapan silam" dan bertemu dengan Presiden Taiwan Tsai Ing-Wen.
Ia menyatakan bahawa langkah tersebut tidak akan membantu keamanan dan kestabilan di rantau itu, malah ia akan menyatukan rakyat China menentang musuh yang sama.
Anggota Republican Encik McCarthy, pemimpin AS ketiga paling kanan selepas Presiden dan Naib Presiden, akan menjadi tuan rumah bagi satu mesyuarat di California pada Rabu (5 Apr) bersama Cik Tsai.
Persinggahan Cik Tsai yang sensitif di AS menyebabkan China mengeluarkan ancaman balas dendam.
Cik Tsai yang akan membuat 'persinggahan' di Los Angeles berada dalam perjalanan pulang ke Taipei, selepas lawatannya ke Amerika Tengah. AS menyatakan bahawa persinggahan seperti itu adalah perkara biasa dan China tidak perlu bertindak keterlaluan.
Namun konsulat China di Los Angeles menyatakan ia adalah "salah" untuk mendakwanya sebagai persinggahan. Ia menambah bahawa Cik Tsai sedang terlibat dalam perundingan rasmi untuk "menunjukkan kuasa politik".
Tidak kira apa cara Encik McCarthy bertemu Cik Tsai, perbuatan itu akan mengguris perasaan rakyat China dan memberi isyarat yang salah kepada pihak pemisah Taiwan. Ia juga akan menjejas asas politik hubungan Sino-AS, menurut China dalam satu kenyataan.
KEGIATAN TENTERA CHINA
Kementerian Pertahanan Taiwan pada pagi Selasa (4 April) melaporkan bahawa sejak 24 jam yang lalu, ia mengesan sembilan pesawat tentera China di zon pengenalan pertahanan udaranya.
Zon itu terletak di antara barat daya Taiwan dan pulau Pratas yang dikawal Taiwan di bahagian atas Laut China Selatan.
Dalam kenyataan pada Selasa, Menteri Luar Taiwan berkata China tidak berhak untuk mengadu, kerana Republik Rakyat China tidak pernah menguasai pulau tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.