Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China beri amaran kepada AS tentang Ukraine, 'campur tangan' Olimpik Musim Sejuk

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: Diplomat tertinggi China bercakap dengan rakan sejawatannya di Amerika Syarikat (AS) pada Khamis(27 Jan), memberi amaran kepada Washington supaya "berhenti campur tangan" dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk dan menegaskan bahawa kebimbangan keselamatan Rusia di Eropah harus "dipandang serius".

Beijing berharap penganjuran temasya sukan pada minggu depan itu berupaya menghasilkan kerjasama kuasa secara halus.

Namun arah yang dituju itu terencat susulan boikot diplomatik yang diterajui AS berhubung rekod hak asasi manusia China, terutamanya terhadap minoriti Muslim Uighur di wilayah Xinjiang.

"Keutamaan paling mendesak sekarang ialah AS harus berhenti daripada campur tangan dalam Olimpik Musim Sejuk Beijing," kata menteri luar China Wang Yi semasa mengadakan panggilan telefon bersama Setiausaha Negara AS Antony Blinken, menurut satu kenyataan kementerian luar China.

Beliau menambah bahawa Washington juga mesti "berhenti bermain dengan api"berhubung isu Taiwan.

Kedua-dua pegawai juga membincangkan ketegangan yang semakin meruncing di Eropah berkaitan Ukraine, dengan Encik Wang memaklumkan Encik Blinken bahawa kebimbangan keselamatan Rusia "harus dipandang serius".

"Semua pihak harus mengetepikan sepenuhnya mentaliti Perang Dingin dan membentuk suatu mekanisme keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan melalui rundingan," kata Encik Wang.

"Kebimbangan keselamatan Rusia harus dipandang serius dan diselesaikan."

Akur tentang kebimbangan Moscow mengenai perluasan pakatan NATO di Eropah, Encik Wang berkata "keselamatan serantau tidak boleh dijamin dengan cara mengukuhkan atau mengembangkan blok ketenteraan".

Jabatan Negara AS bagaimanapun tidak menyebut tentang Sukan Olimpik dan sebaliknya memberi tumpuan kepada Ukraine.

"Setiausaha Blinken menekankan risiko keselamatan global dan ekonomi susulan tindakan Rusia terhadap Ukraine dan mengutarakan bahawa langkah mengurangkan ketegangan dan diplomasi adalah cara bertanggungjawab untuk maju ke depan," menurut kenyataan itu.

Kebimbangan global semakin meruncing mengenai potensi Rusia menceroboh Ukraine ketika ki puluhan ribu tentera Rusia ni ditempatkan di sempadan sejak beberapa minggu lalu.

Sebagai tindak balas, AS dan negara anggota NATO yang lain menjalankan diplomasi dengan Presiden Rusia Vladimir Putin sejak kebelakangan ini, serta mengukuhkan sokongan ketenteraan ke Ukraine.

Sumber : Agensi berita/KF/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan