Skip to main content

Dunia

China beri amaran jangan 'buli' warganya

Menteri Ehwal Luar China memberi amaran pada Selasa (11 Dis) supaya jangan "membuli" sebarang warga negara itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
China beri amaran jangan 'buli' warganya

Penahanan Meng Wanzhou, sudah mencetuskan kemarahan China. (Gambar: Rich Lam/AFP)

Diterbitkan : 11 Dec 2018 09:17PM Dikemas Kini : 11 Dec 2018 09:23PM

BEIJING: Menteri Ehwal Luar China memberi amaran pada Selasa (11 Dis) supaya jangan "membuli" sebarang warga negara itu. Amaran itu dikeluarkan ditengah-tengah tengkarah diplomatik ekoran pemberkasan seorang pegawai tinggi syarikat Huawei menggunakan waran Amerika Syarikat di Kanada.

Meng Wanzhou, ketua pegawai kewangan bagi syarikat telekomunikasi Huawei dari China, diberkas pada 1 Dis di Vancouver atas tuduhan penipuan di Amerika Syarikat, yang berkaitan dengan perjanjian-perjanjian dengan Iran yang melanggar sekatan-sekatan yang dikenakan atasnya. Tuduhan tersebut mencetuskan kemarahan China.

Penahanan tersebut meningkatkan semula ketegangan, setelah China dan Amerika berjaya mengendurkan ketegangan perang dagang baru-baru ini. Beijing memanggil duta-duta Kanada dan Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu.

Meng, yang menghadapi kemungkinan diekstradisi ke Amerika Syarikat, sedang memohon untuk dibebaskan dari sebuah mahkamah di Vancouver dengan ikat jamin.

China menuduh Kanada melayan Meng dengan cara "tidak berperikemanusiaan", menukil laporan-laporan oleh media China bahawa dia tidak diberikan jagaan perubatan yang mencukupi.

Beijing juga mendakwa bahawa kedutaan China di Kanada tidak dimaklumkan serta merta mengenai penahanannya.

"Pemerintah Kanada tidak melakukan perkara ini dan pemerintah China belajar perkara ini daripada sumber-sumber lain," menurut jurucakap kementerian ehwal negara Lu Kang.

Dalam ucapannya, Menteri Ehwal Luar China, Wang Yi, turut menekankan mengenai ketegangan dengan Amerika Syarikat, meminta Washington supaya berhenti melihat perdagangan antara kedua-dua negara sebagai "zero-sum game" atau tidak saling menguntungkan.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita