China berdepan krisis kekurangan bekalan elektrik
Pihak berkuasa China sedang bekerja keras untuk menangani krisis kekurangan bekalan elektrik yang menjejas banyak kawasan negara itu.
(Gambar: Reuters)
BEIJING: Pihak berkuasa China sedang bekerja keras untuk menangani krisis kekurangan bekalan elektrik yang menjejas banyak kawasan negara itu.
Syarikat-syarikat kereta api diarah menghantar arang batu ke stesen-stesen jana kuasa.
Loji-loji jana kuasa yang menggunakan bahan pembakar arang batu menghasilkan 70 peratus tenaga elektrik di China.
Pemerintah China menyatakan ia akan berusaha untuk menangani krisis kekurangan bekalan elektrik itu.
Namun, ia tidak pula memberikan perincian langkah-langkah yang akan dilakukannya.
Pada masa ini, kekurangan bekalannya menyebabkan wilayah-wilayah di merata China mengenakan catuan penggunaan elektrik.
Pengeluaran kilang yang turut terjejas menyebabkan bank-bank menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi China.
Sesetengah pengamat ekonomi memberi amaran krisis bekalan daya tenaga itu boleh menimbulkan ancaman besar kepada ekonomi negara itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.