Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China benarkan pesakit COVID-19 bergejala ringan, tanpa simptom jalani kuarantin di rumah

Anggaran Waktu Membaca:

BEIJING: China pada Rabu (7 Dis) mengumumkan ia melonggarkan sekatan-sekatan COVID-19 secara meluas. Negara itu menyatakan sesetengah pesakit COVID-19 kini boleh menjalani kuarantin di rumah. Selain itu, China juga akan mengurangkan syarat ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR). 

Penguasa kesihatan nasional China menyatakan pada Rabu bahawa kes COVID-19 tidak bergejala dan mereka yang mengalami gejala ringan boleh merawat diri sendiri ketika menjalani kuarantin di rumah. 

Ini sekali gus menandakan isyarat besar bahawa China sedang mempersiapkan penduduknya untuk hidup dengan virus tersebut.

Kebanyakan kes positif merupakan jangkitan tidak bergejala dan kes ringan yang tidak memerlukan rawatan khas, jelas Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan. 

"Individu tidak bergejala dan kes ringan boleh mengasingkan diri di rumah sambil memantau kesihatan mereka dengan teliti. Mereka boleh dipindahkan ke hospital-hospital ditetapkan untuk rawatan tepat pada masanya jika keadaan kesihatan mereka bertambah teruk," menurut NHC. 

Selama hampir tiga tahun, China menguruskan COVID-19 sebagai satu penyakit berbahaya seakan-akan wabak bubonik dan taun. 

Namun sejak minggu lalu, para pegawai kanan akur bahawa keupayaan koronavirus baru untuk menyebabkan penyakit sudah berkurangan manakala para pakar China pula mengatakan ia tidak lebih memudaratkan berbanding demam selesema musiman. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan