Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China bantah sebarang perjanjian tidak menguntungkan dengan Amerika

Anggaran Waktu Membaca:
China bantah sebarang perjanjian tidak menguntungkan dengan Amerika

Sebuah lori kontena bergerak di pelabuhan Yantian di Shenzhen, wilayah Guangdong, China pada 17 April, 2025. (Gambar fail: REUTERS/Tingshu Wang)

Diterbitkan : 21 Apr 2025 12:06PM Dikemas Kini : 21 Apr 2025 02:29PM
BEIJING: China menyatakan pada Isnin (21 Apr) ia "membantah sekeras-kerasnya" tindakan negara-negara lain yang membuat perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat yang merugikan Beijing.

Ia turut memberi amaran akan mengambil tindak balas terhadap mereka.

China akan mengambil langkah tindak balas secara "tegas dan setimbal' jika mana-mana negara memohon perjanjian sedemikian, menurut kementerian perdagangan China.

Kementerian itu menyatakan demikian selepas pentadbiran Trump dilaporkan sedang bersedia untuk mendesak negara-negara lain supaya mengehadkan perdagangan dengan China sebagai ganti diberikan pengecualian tarif dari Amerika.

Seluruh dunia dikenakan tarif 10 peratus oleh Amerika. China pula dikenakan levi sehingga 145 peratus terhadap sebilangan besar produknya.

Sebagai tindak balas, Beijing memperkenalkan duti 125 peratus terhadap produk-produk import dari Amerika.

Sejumlah negara kini sedang berunding dengan Amerika Syarikat bagi mengurangkan tarif, selaras dengan perang dagang Washington bersama pesaing ekonomi utamanya iaitu China.

China menghormati semua pihak yang mahu menghuraikan perbezaan ekonomi dan perdagangan dengan Ameirka melalui rundingan atas dasar kesetaraan, namun ia memberi amaran kepada negara-negara lain supaya tidak mendapatkan perjanjian dengan Amerika yang akan menjejas kepentingannya.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan