Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China bantah keras rundingan dagangan AS-Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
China bantah keras rundingan dagangan AS-Taiwan

Gambar: AFP

Diterbitkan : 18 Aug 2022 07:25PM Dikemas Kini : 18 Aug 2022 07:26PM
BEIJING: China membantah keras rundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan Taiwan.

Beijing menyatakan ia kan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi dengan tegas kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan negara itu, menurut kementerian perniagaan pada Khamis (18 Ogos).

Dasar "Satu China" merupakan prasyarat bagi penyertaan Taiwan dalam kerjasama ekonomi dengan negara asing, kata jurucakap kementerian itu dalam satu sidang media.

Kementerian Luar China turut menyatakan pada Khamis bahawa China akan mengambil langkah yang tegas untuk mempertahankan integriti wilayah itu dan menggesa AS agar tidak membuat penilaian yang salah.

Taiwan dan AS pada Rabu (17 Ogos) bersetuju untuk memulakan rundingan dagangan di bawah inisiatif baru dengan menyatakan kedua-dua negara itu mahu mencapai persetujuan bagi "hasil ekonomi yang bermakna" dalam satu lagi isyarat sokongan AS terhadap Taiwan.

Pejabat Wakil Perdagangan AS menyatakan kedua-dua pihak "sudah mencapai persetujuan sebulat suara mengenai mandat rundingan" dengan pusingan rundingan pertama bakal berlangsung pada musim luruh ini.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan