Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China bakal sekat 5 syarikat pengilang Amerika berhubung penjualan senjata kepada Taiwan

China akan mengenakan sekatan terhadap lima syarikat pengilang tentera Amerika Syarikat sebagai tindak balas kepada penjualan senjata oleh Amerika Syarikat kepada Taiwan, menurut jurucakap kementerian luar China hari ini (7 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China akan mengenakan sekatan terhadap lima syarikat pengilang tentera Amerika Syarikat sebagai tindak balas kepada penjualan senjata oleh Amerika Syarikat kepada Taiwan, menurut jurucakap kementerian luar China hari ini (7 Jan).

Penjualan senjata antara Amerika Syarikat dengan Taiwan sering menjadi punca ketegangan antara Washington dengan Beijing.

China menganggap Taiwan sebagai wilayahnya, iaitu satu tuntutan yang ditolak oleh pemerintah Taiwan.

Sekatan itu dilaksanakan menjelang pilihan raya presiden dan parlimen Taiwan pada 13 Januari ini, di mana China membuat pilihan antara perang dengan perdamaian.

Pada bulan lalu, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan peralatan bernilai AS$300 juta (S$400 juta) untuk bantu melindungi sistem maklumat taktikal Taiwan.

Jurucakap berkenaan berkata dalam satu kenyataan bahawa penjualan senjata baru-baru ini "mencabul secara serius kepentingan kedaulatan dan keselamatan China serta menjejas keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan".

Syarikat-syarikat yang akan dikenakan sekatan adalah BAE Systems Land and Armaments, Alliant Techsystems Operations, AeroVironment, Viasat dan Data Link Solutions.

China akan membekukan aset syarikat-syarikat berkenaan dan mengharamkan individu atau pertubuhan di China daripada berunding dengan mereka, kata jurucakap itu.

Kedutaan Amerika di Beijing tidak segera menjawab permohonan untuk mendapatkan komen.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan