Skip to main content

Dunia

China bakal mansuhkan batas 2 penggal bagi jawatan Presiden

Dalam arena politik China, jurucakap pemerintahnya berkata langkah untuk memansuhkan batas penggal jawatan Presiden negara itu bertujuan melindungi kuasa Parti Komunis yang memerintah dengan diterajui Presiden Xi Jinping.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2018 08:32PM Dikemas Kini : 04 Mar 2018 10:41PM

BEIJING: Dalam arena politik China, jurucakap pemerintahnya berkata langkah untuk memansuhkan batas penggal jawatan Presiden negara itu bertujuan melindungi kuasa Parti Komunis yang memerintah dengan diterajui Presiden Xi Jinping.

Pada Ahad lalu (25 Feb) parti itu menyatakan ia akan memansuhkan fasal dalam perlembagaan negara China yang membataskan tempoh jawatan presiden kepada hanya dua penggal.

Ini bermakna Presiden Xi boleh menyandang jawatan itu buat tempoh yang lama.

Parlimen China yang akan memulakan sidang tahunannya selama dua minggu mulai esok, dijangka meluluskan cadangan Parti Komunis itu.

Semasa sesi tersebut, parlimen juga akan secara rasmi melantik Presiden Xi bagi penggal kedua jawatannya.

Presiden Xi memulakan penggal kedua jawatannya sebagai ketua Parti Komunis China pula sejak Oktober lalu.

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita