Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China, ASEAN komited kekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
China, ASEAN komited kekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan

Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin berucap di satu sidang media kementeriannya di Beijing pada 8 Ogos 2022.(Gambar fail: Noel Celis / AFP)

BEIJING: China dan negara-negara ASEAN komited mengukuhkan saluran dialog dan komunikasi, memperhalusi kerjasama saling untung serta bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan (LCS).

Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin pada sidang media pada Selasa (14 Mac), sempena Mesyuarat ke-38 Kumpulan Kerja Bersama ASEAN-China mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (JWG-DOC).

Mesyuarat selama tiga hari yang diadakan di Jakarta, Indonesia itu melabuhkan tirainya pada 10 Mac.

“Semasa mesyuarat itu berlangsung, China dan negara-negara ASEAN terus mengadakan rundingan mengenai teks Kod Tatalaku (COC) di LCS dan bertukar-tukar pandangan mengenai pelaksanaan DOC dan kerjasama praktikal maritim.

“Pelbagai pihak bersetuju untuk menjalankan pelbagai projek kerjasama praktikal dalam bidang yang melibatkan penyelidikan saintifik dan perlindungan alam sekitar marin serta operasi mencari dan menyelamat di laut,” kata Encik Wang.

Tambah beliau, pelbagai pihak juga telah mencapai persetujuan berhubung rancangan gerak kerja untuk tahun ini, termasuk mengadakan beberapa pusingan Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan ASEAN-China mengenai Pelaksanaan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (SOM-DOC) dan mesyuarat JWG-DOC bagi mendorong rundingan COC ke arah mencapai kemajuan lebih besar.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan