China ancam hukuman mati bagi pejuang pemisah Taiwan yang tegar
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: China pada Jumaat (21 Jun) mengancam untuk melaksanakan hukuman mati bagi kes ekstrim melibatkan para anggota pemisah tegar Taiwan.
Ini meskipun China tidak mempunyai bidang kuasa di Taiwan.
China, yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya sendiri, tidak merahsiakan pendapat mereka terhadap Presiden Taiwan Lai Ching-te, yang tidak disukainya.
Beliau disifatkan sebagai "pemisah", dan China mengadakan latihan perang sejurus selepas Encik Lai dilantik.
Sejak kebelakangan ini, Taiwan mengadu tentang tekanan yang meningkat oleh China selepas Encik Lai memenangi pilihan raya pada Januari, termasuk tindakan ketenteraan, sekatan perdagangan dan rondaan pengawal pantai yang berterusan di pulau yang dikuasai Taiwan, bersebelahan China.
Garis panduan baharu itu menyarankan agar pihak mahkamah, pendakwa raya, badan keselamatan awam dan China perlu "menghukum penyokong tegar kemerdekaan Taiwan dengan seberat-beratnya, kerana memecahbelahkan negara dan menghasut melakukan jenayah berkaitan pemisahan mengikut undang-undang, dan mempertahankan kedaulatan negara, perpaduan dan integriti negara", lapor agensi berita Xinhua yang dikendalikan pemerintah China.
Undang-undang tersebut memberikan China kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas Taiwan, jika ia berpisah, atau hampir berpisah dari China.
Sun Ping, seorang pegawai dari Kementerian Keselamatan Awam China, memberitahu wartawan di Beijing bahawa hukuman maksimum bagi "jenayah pemisah" adalah hukuman mati.
Garis panduan tersebut memberikan butiran tentang apa yang dianggap sebagai jenayah yang boleh dijatuhkan hukuman.
Ia termasuk menggalakkan kemasukan Taiwan ke pertubuhan antarabangsa yang menjadikan kemerdekaan sebagai syarat, "rundingan bersama pihak luar" dan "menindas" parti, kumpulan dan individu yang mempromosikan "penyatuan semula".
Garis panduan itu menambah klausa tambahan kepada perkara yang boleh dianggap sebagai jenayah, iaitu "perbuatan yang ingin memisahkan Taiwan dan China".
Encik Lai berulang kali menawarkan untuk mengadakan rundingan bersama China, namun usahanya ditolak.
Beliau berkata hanya rakyat Taiwan yang boleh menentukan masa depan mereka.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.