China, Amerika Syarikat adakan rundingan buat hari kedua berhubung Taiwan, fentanil
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Ng Han Guan)
BEIJING: Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, Jake Sullivan, memulakan mesyuarat pada hari kedua bersama pegawai tertinggi China di Beijing pada Rabu (28 Ogos). Rundingan tersebut bertujuan untuk mengendurkan ketegangan antara kedua-dua kuasa dunia itu, menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 5 November.
Encik Sullivan, Menteri Luar China Wang Yi, serta para pegawai lain akan bertemu bagi rundingan dari Selasa (27 Ogos) hingga Khamis (29 Ogos), sedang kedua-dua negara berbeza pendapat terhadap isu di Timur Tengah dan Ukraine, serta tuntutan wilayah ke atas Taiwan oleh China, serta Laut China Selatan dan perdagangan.
Kedua-dua wakil menyambung semula perbincangan selepas mesyuarat dan sesi makan malam pada Selasa, di sebuah resort mewah terletak di utara luar ibu kota Beijing.
"Sejak beberapa tahun lalu, hubungan dua hala antara kedua-dua negara melalui pelbagai cabaran," kata Encik Wang kepada wartawan pada Selasa.
"Kami akan berbicang pelbagai isu, termasuk isu yang kami setuju dan isu yang masih terdapat perbezaan, yang perlu diselesaikan secara berkesan dan berkekalan," kata Encik Sullivan.
Encik Biden menggesa untuk mengadakan rundingan diplomatik secara langsung, untuk mempengaruhi Presiden China, Xi Jinping, supaya mengawal ketegangan antara kedua-dua negara.
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris, calon presiden Parti Democrat pada pilihan raya 5 November, juga akan mengekalkan strategi serupa.
Namun, ramai penganalisis menyokong pendirian mantan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dari Parti Republican, yang menganggap pendekatan tersebut sebagai terlalu 'lembut". Ini sedang China meningkatkan dasar luar negaranya yang bersifat keras.
Encik Sullivan ingin meluaskan rundingan ketenteraan sehingga ke peringkat Kuasa Pusat Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA), yang merupakan langkah yang diharapkan Washington dapat mencegah sebarang konflik di kawasan khusus seperti selat Taiwan.
Amerika juga ingin China mengambil lebih banyak tindakan di negara tersebut untuk mencegah pembuatan kimia yang dapat menghasilkan fentanil, punca utama pengambilan dos dadah berlebihan di Amerika, serta mencapai persefahaman mengenai standard keselamatan bagi Kecerdasan Buatan (AI).
Beijing merancang untuk meluahkan bantahannya terhadap tarif dikenakan Amerika ke atas pelbagai barangan dan kawalan eksport yang menyasarkan pembuat cip China, serta tuntutan kedaulatannya ke atas Taiwan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.