China akan terus sokong dagangan berbilang negara, buka luas ekonomi
Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu para ketua enam institusi kewangan dan ekonomi dunia di Beijing hari ini (6 Nov).
BEIJING: Perdana Menteri China, Li Keqiang bertemu para ketua enam institusi kewangan dan ekonomi dunia di Beijing hari ini (6 Nov).
Dialog Ketiga Meja Bundar itu melibatkan Presiden Bank Dunia, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Pengarah Agung Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD), Pengerusi Lembaga Pemantap Kewangan serta Timbalan Pengarah Agung Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).
Encik Li berkata China tidak akan menggunakan cara rangsangan kewangan yang kuat bagi membantu syarikat-syarikat swasta dan perniagaan kecil negara itu.
Sebaliknya ia akan melaksanakan dasar-dasar yang lebih fokus bagi tujuan tersebut.
Encik Li juga berkata China menyokong sistem dagangan berbilang negara dan akan membuka lebih luas ekonominya.
Sehubungan dengan itu Encik Li menambah, Beijing akan menggiatkan usaha untuk mengurangkan cukai, yuran dan kos urus niaga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.