China akan jalin hubungan ketenteraan dengan Amerika, meski kecam Barat 'cetuskan masalah'
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Pedro PARDO)
BEIJING: China menyatakan bahawa ia akan menjalin hubungan ketenteraan dengan Amerika Syarikat, sedang ia mengecam Barat kerana "mencetuskan masalah" di merata dunia, ketika pembukaan forum keselamatan serantau berprofil tinggi pada Isnin (30 Okt).
Ketika menyampaikan ucapan pembukaan Forum Xiangshan yang diperhatikan dengan teliti, pegawai kanan kedua tertinggi tentera China Zhang Youxia menguatkan keyakinan terhadap pendirian China mengenai ketegangannya dengan Barat, meskipun beliau tidak menyebut mana-mana negara.
"Malangnya, terdapat negara-negara tertentu yang mencetuskan masalah merata dunia, mereka dengan sengaja menyebabkan kekecohan, masuk campur urusan serantau dan hal ehwal dalaman negara lain, serta memulakan tunjuk perasaan bagi menggulingkan pemerintah," kata Jeneral Zhang.
Forum Xiangshan disifatkan sebagai jawapan China kepada Dialog Shangri-La yang diadakan setiap tahun di Singapura, yang berfungsi sebagai platform bagi negara-negara besar Asia untuk berkongsi perspektif mereka berkaitan isu keselamatan.
Lebih 90 negara dan pertubuhan antarabangsa menghadiri mesyuarat tiga hari tahun ini, termasuk Amerika Syarikat.
HUBUNGAN AMERIKA-TAIWAN
Jeneral Zhang juga membincangkan tentang beberapa topik lain di dalam ucapannya, termasuk Taiwan, yang dianggapnya sebagai kawasannya sendiri, walaupun ia menerima bantahan keras oleh pemerintah wilayah tersebut.
Beliau berkata, wilayah yang memerintah secara sendiri itu adalah keutamaan China, sambil memberi amaran bahawa tiada satu pihak harus memprovokasi pihak lain terhadap isu utama dan sensitif.
HUBUNGAN AMERIKA-CHINA
Hubungan antara China dengan Amerika Syarikat merupakan tumpuan utama di forum tersebut, sedang pertemuan Encik Xi Jinping dan rakan sejawatannya Encik Joe Biden bulan depan dijangkakan, di mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco.
Sejak kebelakangan ini, kedua-dua negara sudah meningkatkan rundingan untuk menguruskan perbezaan antara mereka. Amerika menghantar sebuah delegasi ke forum keselamatan tersebut, meskipun bukan di peringkat menteri.
Pegawai Amerika sebelum ini berkata bahawa mereka berharap langkah tersebut akan memulakan satu rundingan ketenteraan, berikutan dialog yang mengecewakan.
Jeneral Zhang berkata China sanggup bekerjasama dengan tentera lain.
KESTABLIAN ANTARABANGSA DAN SERANTAU
Beliau menambah bahawa China akan terus memainkan peranan membina untuk merealisasikan kestabilan keselamatan serantau dan dan antarabangsa. Jeneral Zhang juga menggesa gencatan senjata dilaksanakan dengan segera dan menghentikan keganasan oleh pihak yang terlibat dalam konflik Israel-Hamas.
Beliau juga bercakap tentang pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, yang masih belum dikecam China.
Jeneral Zhang berkata, China mempunyai objektif dan kedudukan yang adil serta menyokong huraian politik terhadap krisis tersebut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.