Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

China akan cabar tarif Amerika melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
China akan cabar tarif Amerika melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia

Bendera China (kiri) dan Amerika Syarikat. (Gambar fail: AP/Ng Han Guan)

Diterbitkan : 02 Feb 2025 01:32PM Dikemas Kini : 02 Feb 2025 01:34PM
BEIJING: China dijangka mencabar tarif Amerika melalui Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Demikian menurut kementerian perdagangan China pada Ahad (2 Feb).

Langkah mengenakan tarif oleh Amerika Syarikat disifatkan sebagai "benar-benar melanggar" peraturan WTO, jelas kementerian itu dalam satu kenyataan.

Kementerian tersebut juga menggesa Amerika Syarikat agar "terlibat sama dalam dialog yang telus dan mengukuhkan kerjasama".

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Sabtu, mengarahkan supaya tarif 25 peratus dikenakan ke atas import Kanada dan Mexico dan 10 peratus ke atas barangan dari China bermula Selasa.

Ia sekali gus menimbulkan risiko berlakunya perang perdagangan baharu, yang menurut ahli ekonomi akan melembapkan pertumbuhan sejagat dan mendorong kepada inflasi.

China menekankan bahawa ia "menolak sekeras-kerasnya" tarif baharu yang dilaksanakan ke atas Beijing oleh Encik Trump.

Ia turut berikrar untuk melaksanakan tindak balas dengan sewajarnya demi melindungi hak dan kepentingannya.

Dalam kenyataannya pada Ahad, kementerian perdagangan China juga menyelar "amalan salah" Washington, dengan menyatakan Beijing "sangat tidak berpuas hati dengan perkara ini dan menentangnya dengan sekeras-kerasnya".

Ia menambah bahawa cukai itu "bukan sahaja tidak membantu dalam menghuraikan masalah Amerika Syarikat sendiri, bahkan juga menjejas kerjasama ekonomi dan perdagangan yang normal".

"China berharap bahawa Amerika Syarikat akan secara objektif dan rasional melihat dan menangani isunya sendiri seperti (penggunaan) ubat tahan sakit fentanyl, dan bukannya mengancam negara lain dengan (mengenakan) tarif pada setiap masa," nyata kementerian itu.

Kanada dan Mexico juga sudahpun mengumumkan rancangan masing-masing untuk bertindak balas terhadap keputusan Encik Trump itu.

Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau pada Sabtu mengatakan bahawa negara itu akan bertindak balas terhadap tarif baharu Encik Trump dengan melaksanakan tarif 25 peratus ke atas barangan Amerika Syarikat, meliputi produk minuman hingga ke barangan elektronik.

Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada Sabtu juga mengarahkan tarif dilaksanakan sebagai langkah tindak balas.

Dalam satu catatan di wadah X, Cik Sheinbaum berkata pemerintahnya mengusulkan untuk mengadakan dialog, dan bukannya konfrontasi dengan negara jirannya, Amerika.

Pun begitu, Mexico tetap terpaksa bertindak balas dengan sewajarnya.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan