Skip to main content

Dunia

China akan bekerjasama dengan Korea Utara untuk tentang hegemoni kata Presiden Xi, menurut laporan Korea Utara

Presiden China Xi Jinping berkata usaha meningkatkan hubungan dengan Korea Utara merupakan dasar yang tidak berubah bagi China, dan kedua-dua negara akan bekerjasama untuk menentang hegemoni serta cubaan untuk menghidupkan semula fahaman ketenteraan, menurut kenyataan yang diterbitkan dalam akhbar negara Korea Utara, Rodong Sinmun, pada Isnin (8 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
China akan bekerjasama dengan Korea Utara untuk tentang hegemoni kata Presiden Xi, menurut laporan Korea Utara

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un dan Presiden China Xi Jinping berjabat tangan pada hari sidang puncak dua hala di Beijing, China, pada 4 September 2025. (Gambar: KCNA menerusi REUTERS)

Diterbitkan : 08 Jun 2026 11:59AM
SEOUL: Presiden China Xi Jinping berkata usaha meningkatkan hubungan dengan Korea Utara merupakan dasar yang tidak berubah bagi China, dan kedua-dua negara akan bekerjasama untuk menentang hegemoni serta cubaan untuk menghidupkan semula fahaman ketenteraan, menurut kenyataan yang diterbitkan dalam akhbar negara Korea Utara, Rodong Sinmun, pada Isnin (8 Jun).

Encik Xi berkata dalam satu rencana bahawa kedua-dua negara jiran itu akan memperkukuh pertukaran dalam semua bidang bagi menyuntik momentum yang kukuh bagi pembangunan hubungan dua hala serta melindungi aturan dunia yang adil dan saksama.

"Kita mesti menentang hegemoni, pendekatan kuku besi serta semua cubaan dan konspirasi untuk menghidupkan semula fahaman ketenteraan yang mengancam keselamatan dan kestabilan serantau," kata Encik Xi.

Beliau turut berikrar untuk bekerjasama dengan Korea Utara bagi menggalakkan pendekatan pelbagai hala yang adil dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif demi manfaat bersama, sekali gus menyokong usaha membina masa depan yang dikongsi bersama semua.

Encik Xi dijangka tiba di Korea Utara pada Isnin bagi lawatan selama dua hari, yang merupakan lawatan pertamanya ke negara itu dalam tempoh tujuh tahun.

Beliau dijadual mengadakan perbincangan dengan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sedang Beijing berusaha untuk menarik Pyongyang kembali ke dalam lingkungan pengaruhnya.

Encik Xi menjadi tuan rumah kepada Encik Kim dan beberapa pemimpin lain tahun lalu semasa perarakan ketenteraan besar-besaran di Beijing, di mana beliau turut kelihatan bersama Presiden Rusia Vladimir Putin.

Sejak itu, Pyongyang telah menyambung semula pergerakan merentasi sempadan China dan meningkatkan pertukaran dua hala yang sebelum ini dibekukan semasa pandemik COVID-19.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita