Skip to main content

Dunia

Chiang Mai bandar paling tercemar di dunia, pelitup diedarkan kepada penduduk

Anggaran Waktu Membaca:
Chiang Mai bandar paling tercemar di dunia, pelitup diedarkan kepada penduduk

(Gambar: CNA/Pichayada Promchertchoo)

BANGKOK: Destinasi pelancongan popular Thailand, Chiang Mai diselubungi udara tidak sihat pada Khamis (9 Mac), dengan mutu udaranya berada di kedudukan paling teruk di dunia.

Pada pukul 2.00 petang waktu tempatan, bacaan Indeks Mutu Udara (AQI) Chiang Mai di Chang Phueak direkodkan pada 187 - tahap tidak sihat - menurut Biro Mutudara dan Pengurusan Bunyi Jabatan Kawalan Pencemaran Thailand.

Mana-mana kawasan yang mencatat paras AQI melebihi 100 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Orang ramai dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka serta mengurangkan aktiviti luar jika mengalami kesukaran bernafas, iritasi mata atau batuk.

"Individu yang berisiko harus mengelakkan aktiviti fizikal yang berat, terutamanya di luar rumah, dan berunding dengan doktor jika gejala bertambah buruk," kata Biro Mutu Udara dan Pengurusan Bunyi.

Pencemaran udara di Chiang Mai adalah yang paling teruk di dunia menurut IQAir, iaitu rakan kongsi teknologi Program Sekitaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Senarai pencemaran bandar IQAir membandingkan 95 bandar global di seluruh dunia dengan data PM2.5 yang diukur.

“Kepekatan PM2.5 di Chiang Mai kini adalah 22.8 kali ganda nilai garis panduan mutu udara tahunan WHO,” kata IQAir di laman webnya.

PM2.5 ialah salah satu bentuk pencemaran udara yang paling berbahaya dengan zarah kecil berukuran kurang daripada 2.5 mikrometer atau kira-kira 3 peratus diameter rambut manusia.
Sumber : CNA/SU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita