Chengdu China lanjutkan perintah berkurung di beberapa wilayah
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP
BEIJING: Perintah berkurung di beberapa wilayah di bandar mega Chengdu, China dilanjutkan pada Khamis (8 Sep).
Ia dalam usaha mengekang penularan lanjut COVID-19 dalam bandar dengan lebih 21 juta penduduk itu. Bandar mega yang baru sahaja dilanda gempa bumi dan gelombang haba serta gangguan bekalan elektrik itu dikurung sejak 1 September.
Perintah berkurung sepatutnya diangkat pada 7 September tetapi pegawai pemerintah tempatan menyatakan pada Rabu (7 Sep) bahawa masih ada risiko penularan virus itu di beberapa kawasan.
Para penduduk akan diuji setiap hari dan tidak dibenar meninggalkan rumah masing-masing. Penduduk yang tidak di wilayah yang tidak perlu berkurung harus diuji pada Jumaat dan Ahad.
Semua perniagaan selain pasar raya dan hospital diarahkan tutup.
Sekolah-sekolah juga akan kekal ditutup dengan semua kelas dijalankan secara online.
Isnin lalu, kira-kira 90 peratus penerbangan dari Chengdu turut dibatalkan.
Sebanyak 116 kes baru COVID-19 dilaporkan di Chengdu pada Khamis dengan separuh daripadanya tiada sebarang gejala.

Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.