Skip to main content

Dunia

ChatGPT didenda S$3,730 dedah maklumat peribadi lebih 680 pengguna di Korea Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
ChatGPT didenda S$3,730 dedah maklumat peribadi lebih 680 pengguna di Korea Selatan

Penggunaan ChatGPT kian berleluasa dewasa ini. (Gambar: iStock)

SEOUL: Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi (PIPC) Korea Selatan pada Khamis (27 Jul) menyatakan denda sebanyak 3.6 juta won (S$3,730) dikenakan ke atas pengendali bot perbualan generatif ChatGPT, OpenAI kerana mendedahkan maklumat peribadi 687 pengguna.

Seramai 687 pengguna di Korea Selatan terjejas akibat kebocoran maklumat pembayaran pelanggan ChatGPT Plus yang mendedahkan antaranya nama pertama dan akhir, alamat e-mel, empat digit terakhir nombor kad kredit dan tarikh tamat tempoh kad kredit, lapor Agensi Berita Yonhap.

PIPC menjelaskan OpenAI didenda kerana melanggar kewajipannya untuk melaporkan kebocoran kepada pihak berkuasa dalam tempoh 24 jam selepas mengesannya.

Namun badan pemerhati privasi membuat kesimpulan bahawa syarikat itu tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk langkah perlindungan maklumat peribadi yang longgar.

Badan pemantau itu mengesyorkan OpenAI mengambil langkah untuk mencegah kejadian berulang, mematuhi undang-undang perlindungan maklumat peribadi Korea Selatan dan bekerjasama secara aktif dengan aktiviti pemeriksaan terdahulu suruhanjaya itu, kata suruhanjaya itu.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita