ChatGPT antara agenda sidang puncak G7, kata PM Jepun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Reuters)
TOKYO: Para pemimpin ekonomi maju dari Kumpulan Tujuh (G7) akan berbincang tentang kecerdasan buatan (AI) generatif ChatGPT apabila mereka bertemu di sidang puncak di Hiroshima bulan depan.
Agensi berita Kyodo memetik Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Rabu (19 Apr).
"Peraturan antarbangsa perlu diwujudkan," kata Encik Kishida seperti dipetik Kyodo dalam satu mesyuarat bersama para eksekutif akhbar serantau.
Komen beliau dibuat setelah permintaan makin meningkat untuk mengawal sistem AI yang maju seperti ChatGPT dan program-program lain yang semakin meluas.
Para penggubal undang-undang Kesatuan Eropah (EU) menggesa pemimpin dunia supaya mengadakan sidang puncak supaya dapat mencari cara untuk mengawal sistem-sistem sedemikian.
Ketua Majoriti Senat Amerika Syarikat Chuck Schumer berkata minggu lalu bahawa beliau sudah melancarkan usaha untuk membangunkan peraturan terhadap AI supaya dapat menangani kebimbangan terhadap keselamatan negara dan pendidikan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.