CEO syarikat pembuat bateri Korea Selatan diberkas sabit kebakaran yang ragut nyawa
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
SEOUL: Ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat pembuat bateri litium di Korea Selatan yang terbakar pada Jun lalu, dan mengorbankan 23 individu, telah diberkas.
Ini selepas mahkamah meluluskan waran pada Rabu (28 Ogos) atas dakwaan berlaku pelanggaran undang-undang keselamatan industri.
CEO Aricell, Park Soon-Kwan memohon maaf selepas insiden kebakaran itu.
Namun beliau berkata syarikat itu mematuhi semua langkah berjaga-jaga keselamatan dan latihan sewajarnya untuk para kakitangan.
Mahkamah Daerah Suwon meluluskan waran tahanan bagi Park disebabkan oleh beratnya dakwaan terhadapnya.
Mahkamah itu juga meluluskan waran tahanan bagi anak lelaki Park, yang merupakan seorang pegawai eksekutif di syarikat terbabit.
Pihak berkuasa yang menyiasat insiden kebakaran berkenaan, mengeluarkan satu laporan pada Jumaat, yang menyatakan tindakan tergesa-gesa untuk memenuhi tarikh akhir bekalan dan kekurangan langkah yang diambil untuk menangani tanda-tanda kerosakan kualiti berbahaya dalam bateri yang telah dihasilkan, mengakibatkan berlakunya kebakaran tersebut.
Mengambil pekerja sementara, yang tidak menerima latihan keselamatan dan melarikan diri kecemasan yang sewajarnya, untuk bertugas semata-mata untuk mengatasi tunggakan pengeluaran hingga menyumbang kepada jumlah korban jiwa yang besar, kata pegawai polis dan kementerian buruh negara itu.

Sumber : Reuters/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.