Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

CEO Ryanair mohon maaf, anak kapal sebut Tel Aviv terletak di Palestin

Anggaran Waktu Membaca:
CEO Ryanair mohon maaf, anak kapal sebut Tel Aviv terletak di Palestin

(Gambar: AFP/Hatim Kaghat)

Diterbitkan : 17 Jun 2023 10:13AM Dikemas Kini : 17 Jun 2023 11:55AM
LONDON: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan tambang jimat Ireland, Ryanair, memohon maaf atas "kesilapan tidak disengajakan" selepas seorang anak kapal dalam penerbangan ke Tel Aviv berkata bandar itu terletak di Palestin.

Pengumuman itu dibuat dalam bahasa Inggeris dan Itali sedang pesawat mula mendarat, menyebabkan beberapa penumpang mengeluarkan "kata-kata kesat" meskipun permohonan maaf dikeluarkan dalam pesawat, kata syarikat penerbangan itu.

Media Israel melaporkan kejadian itu dengan beberapa individu menggesa Ryanair dipulaukan atas insiden itu, lapor Arab News.

Ramai penduduk Israel percaya penggunaan nama Palestin menandakan usaha untuk menghapuskan negara Yahudi itu.

Selepas beberapa penumpang dalam penerbangan dari bandar Itali, Bologna, pada 10 Jun itu membuat aduan, CEO Ryanair Eddie Wilson memberitahu Pusat Simon Wiesenthal, sebuah kumpulan hak asasi manusia Yahudi, bahawa beliau sudah menulis surat kepada duta Israel ke Ireland mengenai isu tersebut.

Encik Wilson berkata beliau "percaya 100 peratus bahawa kejadian itu adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan tanpa sebarang niat atau kaitan dengan politik".

Beliau menambah polis terpaksa dikerah selepas pesawat mendarat berikutan kelakuan ganas beberapa penumpang.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan