CEO Pfizer positif COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Giannis Papanikos/AP)
WASHINGTON: Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc. Albert Bourla mendedahkan bahawa beliau disahkan positif COVID-19 dan sedang menerima rawatan menggunakan ubat Paxlovid yang dihasilkan oleh syarikatnya.
Menurut Encik Bourla, beliau mengalami simptom yang sangat ringan dan berasa sihat, menurut satu kenyataan ringkas di laman Twitternya.
Beliau sudah menerima empat dos vaksin COVID-19, yang juga dibuat oleh Pfizer dengan kerjasama BioNTech SE, lapor Bloomberg.
Encik Bourla adalah salah seorang daripada ramai yang dijangkiti COVID-19 walaupun sudah menerima vaksinasi penuh dan dos penggalak di seluruh dunia.
Encik Bourla turut mendedahkan bahawa beliau kini sedang mengasingkan diri dan mematuhi semua langkah berjaga-jaga kesihatan awam dan yakin akan pulih dengan cepat.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.