CEO Perbadanan Stadium Malaysia didakwa minta rasuah RM1 juta, terima suapan RM450,000
Anggaran Waktu Membaca:
Iliyas Jamil tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis.
KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis (18 Jun) atas tujuh tuduhan rasuah berjumlah RM1.45 juta (S$455,607) berhubung tender menaik taraf Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil bernilai RM8.7 juta (S$2.7 juta).
Iliyas Jamil, 42 tahun, mengaku tidak bersalah selepas kesemua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Mengikut tuduhan pertama, Iliyas didakwa meminta rasuah bagi dirinya wang berjumlah RM1 juta (S$314,212) daripada Yap Yeow Kuen, 60 tahun, di Pejabat Perbadanan Stadium Malaysia, Aras 2, Stadium Nasional Kuala Lumpur Sports Center (KLSC), Sri Petaling pada 24 Februari lalu.
Wang itu sebagai balasan kerana tertuduh bersetuju memilih syarikat Aerolux Power Constructions Sdn Bhd memenangi tender Projek Menaik Taraf Gelanggang & Kemudahan Sukan di Pusat Skuasy Nasional, Kuala Lumpur Sports City Bukit Jalil bernilai RM8,733,197 (S$2,744,060).
Tuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 (S$3,140) mengikut mana-mana lebih tinggi.
Bagi tuduhan kedua hingga ketujuh, Iliyas didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM450,000 (S$141,394) daripada Yap sebagai upah untuk memilih Aerolux Power Constructions memenangi tender projek berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat PSM dan sebuah restoran di Sri Petaling, antara 25 Februari hingga 13 April lalu, mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) yang memperuntukkan hukuman sama.
Pada prosiding hari ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.
Awal dari itu, Noralis menawarkan jaminan RM200,000 (S$62,846) dengan seorang penjamin warganegara Malaysia mengambil kira status tertuduh dan keseriusan kesalahan tersebut.
"Pihak kami juga mohon syarat tambahan iaitu dokumen perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah, melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan," katanya.
Encik Mohd Yusmadi pula memohon jaminan antara RM50,000 (S$15,710) hingga RM80,000 (S$25,140) memandangkan anak guamnya masih muda dan mempunyai seorang anak masih bersekolah serta kini sudah digantung tugas.
Hakim Suzana membenarkan Iliyas diikat jamin RM100,000 (S$31,423) dengan seorang penjamin warganegara Malaysia serta membenarkan syarat tambahan yang dimohon pendakwaan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
Mahkamah juga menetapkan 27 Julai untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.