Skip to main content

Dunia

CEO OpenAI pertahan pendekatannya terhadap kawal selia AI

Anggaran Waktu Membaca:
CEO OpenAI pertahan pendekatannya terhadap kawal selia AI

Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, menghadiri satu temu bual pada hari OpenAI mengadakan acara tahunan DevDay di San Francisco, California, Amerika Syarikat, pada 29 September 2026. (Gambar: Reuters/Carlos Barria)

Diterbitkan : 05 Oct 2026 10:11AM
OpenAI CEO defends his approach to AI regulation
  • OpenAI's Sam Altman said the benefits of AI outweigh the need to accept some risks, and that the technology should remain open to the public.
  • He distinguished OpenAI's position from that of Anthropic, which is seen as being more cautious about regulation and the risks of powerful AI systems.
  • In September, Dario Amodei urged that development be slowed, Jacob Coxon resigned, and Anthropic warned about AI behaviour that could go off course.
  • Donald Trump rejected new restrictions out of concern that they would affect the United States' competitiveness against China, while saying existing legal protections were sufficient.
Dijana oleh AI
SAN FRANSISCO: Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI Sam Altman berkata manfaat kecerdasan buatan (AI) mengatasi keperluan untuk menerima sesetengah risiko, sambil berhujah bahawa teknologi itu harus kekal boleh diakses secara meluas oleh orang ramai.

"Kami percaya dunia harus menerima berlakunya sesetengah perkara buruk demi manfaat teknologi ini dan agar orang ramai mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan," kata Encik Altman semasa wawancara dengan buletin teknologi Politico, Decoded.

Encik Altman berkata masih terdapat perbezaan asas dari segi pandangan antara OpenAI dengan pesaingnya, Anthropic, mengenai kawal selia AI, sambil menambah: "Saya rasa terdapat perbezaan yang besar."

"Saya tidak bersetuju, tetapi saya memahami pandangan mereka yang berkata, 'Teknologi ini akan menjadi begitu berkuasa dan sangat berbahaya sehingga hanya satu makmal di San Francisco patut memilikinya dan memastikan tiada perkara buruk berlaku, serta menentukan cara mengagihkan manfaatnya,'" kata Encik Altman.

Beliau menyifatkan pendekatan itu sebagai "pertukaran yang sama sekali tidak boleh diterima", yang bertentangan dengan "pendirian kawal selia yang lebih ringan" yang disokong OpenAI.

"Saya tidak akan menerima pertukaran dengan berkata, 'Kami akan memastikan tiada penggodaman besar berlaku, tiada penyalahgunaan teknologi ini, tiada penipuan, dan tiada semua perkara buruk lain yang akan berlaku,'" kata beliau. "Kerana saya fikir orang ramai akan melakukan lebih banyak perkara baik - berlipat kali ganda lebih banyak - berbanding perkara buruk."

Kenyataan Encik Altman itu dibuat ketika perdebatan dalam industri AI semakin memuncak mengenai kadar pembangunan teknologi tersebut dan risiko yang ditimbulkan oleh sistem yang semakin berkeupayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic Dario Amodei pada September menerbitkan esei yang menggesa pihak industri memperlahankan pembangunan untuk "menetapkan kadar kemajuan", satu pendirian yang disokong Encik Altman secara terbuka. Penyelidik Anthropic Jacob Coxon meletak jawatan pada September, dengan berkata mereka yang membangunkan AI percaya teknologi itu "boleh membunuh kita semua menjelang akhir dekad ini".

Reuters melaporkan pada September bahawa Anthropic memberi amaran, meskipun AI berpotensi membawa manfaat, teknologi itu kadangkala boleh bertindak dengan cara yang bercanggah dengan niat pembangunnya dan menembusi sistem syarikat lain. Syarikat itu menyatakan model canggih boleh menunjukkan "tingkah laku mempertahankan diri", termasuk percubaan untuk "menentang penutupan", "menyembunyikan atau memanipulasi maklumat", atau menghasilkan output yang boleh ditafsirkan sebagai "memaksa, memperdaya atau memanipulasi".

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menolak sebahagian besar gesaan supaya sekatan baharu dikenakan, dengan alasan langkah sedemikian akan menyukarkan syarikat-syarikat Amerika Syarikat bersaing dengan pesaing-pesaing dari China. Beliau berulang kali berkata agensi penguatkuasaan undang-undang sedia ada, termasuk Jabatan Kehakiman, menyediakan perlindungan yang mencukupi dan tiada peraturan baharu diperlukan.
Sumber : Reuters/LL/ll
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita